GIVEAWAY BUKU {PRE-LOVED} JUN 2016

Assalamualailum

Dijemput sendiri oleh empunya giveaway di personal blog saya  plus saya memang minat buku plus syaratnya mudah jadi saya pun melibatkan diri dalam giveaway ini * skema ayat. Alhamdulillah , Ramadhan tiba lagi semoga ada rezeki Ramadhan saya. Aamiian



Giveaway ini anjuran Blogger KimChaa. sempena ulang tahun kelahirannya.  
Sanah helwah anak pak cik Ahmad, moga Allah redha dalam setiap langkah, moga Allah permudahkan urusan dunia akhrat awak, dan moga Allah makbulkan impian awak nak sambung belajar :)



Klik banner kalau nak turut serta.

  1. Opah Gangnam Style - Zulaihah Karim
  2. Whatever You Say I Am - Anwar Hadi
  3. Laki Aku Negro Kau Peduli Apa ? - Dr. Hayya Bilal
  4. Kembara Afghanistan - Siti Noridah Ab. Rahaman
  5. Dyspnea Kehidupan - Hadi Saharudin
  6. ESC - Budak Tomato


Buku pilihan saya, Opah Gangnam Style & Laki Aku Negro Kau Peduli Apa.
Kenapa? Sebab saya sejenis manusia yang memilih buku. Bila tengok tajuk pelik , baca sinopsis belakang tak faham, saya kan hold dulu untuk beli. Buku OGS dah banyak kali lalu depan mata tapi tak teringin nak ambik pun. Tapi bila saya baca review dari KimChaa. Okey ala ala travelog jugak . Kalau nak tahu saya tak banyak buku travelog dan KimChaa antara blogger yang dah dedahkan saya pada buku buku travelog ni. 


Yang kedua, Laki Aku Negro Kau Peduli Apa. Buku ni pertama kali jumpa kat blog dia jugak, hahaha, sebab dekat bandaraya Kuala Terengganu ni, ada kedai buku Banggol namanya, tapi terdapat beberapa terbitan buku tak dijual disini antara buku Iman Publication yang memaksa saya beli online.SMO ada tapi nak pergi 30 minit dari rumah dan perlu melawan jam plus tak kenaikan nak pergi. okey lari topik. Nak buku ni sebab nak baca. nak tahu apa lah kisah nya dalam tu. dan ada gajah kat depan tu .hehe. dan yang paling penting saya pon selalu ada sangka buruk pada orang kulit hitam ni. Allahu:(



Sahabat saya pernah cakap, dia terbaca dalam satu buku:
Kita tak ada hak nak judge satu satu buku tu, dengan sekadar kita baca tajuk nya.

ok deep , saya lah tu! Apapun semoga adalah rezeki saya. Aamiin Aamin.